Pada malam 15 Mac 2009, bertempat di rumah Prof Dr Jambari Hj Ali berkumpul beberapa individu termasuk penulis bersama pasangan masing-masing dan keluarga untuk menubuhkan satu persatuan amal untuk menanggani pesakit atau bekas pesakit payu dara. Satu JK Protem telah dibentuk untuk mendaftar persatuan ini yang bertujuan untuk menyatukan seluruh keluarga yang mempunyai pesakit atau bekas pesakit payu dara. Seluruh keluarga akan bersatu bersama-sama memikirkan cabaran ini dan membetulkan set minda untuk menerima perkara ini dengan tenang dan berhemah.
AJK Protem terdiri dari Liza (Presiden), Lusi (Setiausaha), Umi (Penolong Setiusaha) dan suami-suami masing-masing Jambari, Mohd Nor dan Ismail sebagai AJK.
Acara pertama yang akan diadakan selepas pendaftaran ialah Lawatan Ke Segamat yang akan diadakan pada 16 Jun 2009 (pengumuman lanjut akan diberikan kemudian).
Semoga kita dapat bersama-sama menyokong persatuan amal yang akan bersama-sama menanggani cabaran dan melalui masa-masa sukar dengan jayanya.
Monday, 16 March 2009
Subscribe to:
Comments (Atom)
